Folio Sejarah PMR 2009: Kota A Famosa
Rabu, 22 April 2009
Berikut adalah contoh Folio Sejarah PMR 2009 yang menjadikan Kota A Famosa di Melaka sebagai bahan kajian untuk kerja kursus tahun ini. Pelajar digalakkan menjadikan bahan ini hanya sebagai rujukan sahaja dan perlu berusaha menyediakan folio kursus yang lebih berkualiti dan terbaik. Ingat, nak lulus memang senang tetapi nak cemerlang itu memerlukan tindakan dan kebijaksanaan dalam menyiapkan kerja kursus.
Good Luck.
PENGHARGAAN.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan XXX kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Kursus Sejarah ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan XXX, Puan XXX yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik XXX dan ibu saya Puan XXX yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini.
Terima kasih juga kepada mereka kerana telah menjawab segala pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih.
Semoga tuhan akan membalas budi baik yang telah anda berikan.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Kota A Famosa di Melaka. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:
a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih —Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
b)Menambah pengetahuan tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air —Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.
c)Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah —Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti bangunan Kota A Famosa, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap individu.
d)Menanam semangat patriotisme di dalam diri —Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.
KAEDAH KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah mengunakan beberapa kaedah kajian.
Antaranya ialah :
Melayari internet : Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai bangunan ini dengan melayari internet. Banyak maklumat yang saya perolehi melalui kaedah tersebut. Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia. Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam internet. Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa. Selain itu, saya juga merujuk kepada buku teks sejarah tingkatan satu. Di dalamnya mempunyai sedikit sejarah tentang Kota A’Famosa.
HASIL KAJIAN
a) Nama bangunan:
Nama bangunan yang saya kaji ialah ‘KOTA A’FAMOSA’. Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis.
i) Nama lain — Fortaleza de Malaca
b) Latar belakang:
ii) Asal usul
Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
— Selepas penawanan portugis
A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A--Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.
Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana.
Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
— Penaklukan oleh Belanda
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan dari pihak luar. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati.
Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang mengorbankan lebih 7,000 orang akibat tembakan senjata api. Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda.
Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satusatunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
— Pentadbiran oleh British
Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis.
Akibatnya, pihak British berjaya menguasai semula Melaka pada tahun 1795 tanpa sebarang pertempuran. Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang padah kepada mereka sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh.
Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kotaA Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura.
Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa. Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dengan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang.
Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807.
Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil.
Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, temboktembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.
Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles, seorang kakitangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan.
Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirnya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.
Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.
— Penemuan arkeologi
Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Middelsburgh Bastion dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka. Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut.
Kooperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824. Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Santiago Bastion dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.
iii) Pengasas
Pembinaan kota A Famosa dijalankan atas arahan Alfonso de Albuquerque.
iv) Tarikh pembinaan
A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis pada tahun 1511 sebaik sahaja mereka menawan Melaka.
v) Lokasi
A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
vi) Tujuan penubuhan bangunan
A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.
c) Keistimewaan bangunan
i) Bahan binaan
Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
ii) Pengubahsuaian
Pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
iii) Hiasan dalaman
Kota A Famosa dilengkapi dengan empat menara atau ketelom (bastion) dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Ia juga dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah.
iv) Kegunaan dahulu dan sekarang
Pada zaman dahulu bangunan ini digunakan untuk mempertahankan Melaka. Kini ia dijadikan kawasan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.
v) Cara pembinaan
Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu.
vi) Pelan kota
RUMUSAN
Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan -rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang tokoh itu.
Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
LAMPIRAN
Gambar Kota A’Famosa
RUJUKAN
INTERNET: http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa BUKU ILMIAH: Buku teks Sejarah KBSM tingkatan 1 MELAWAT KE TEMPAT KAJIAN : Lawatan bersama keluarga ke tempat kajian pada 22 Mac 2009
Esei
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu, kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang. Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.
Senarai sumber
1) Internet — http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa
2) Buku ilmiah — Buku teks Sejarah KBSM tingkatan 1 2
Senarai kandungan
Senarai sumber
Senarai kandungan
Penghargaan
Objektif kajian
Kaedah kajian
Hasil kajian
— Nama bangunan
— Nama lain Latar belakang
— Asal usul
— Pengasas
— Tarikh pembinaan
— Lokasi
—T ujuan penubuhan bangunan
— Keistimewaan bangunan
— Bahan binaan
— Pengubahsuaian
— Hiasan dalaman
— Kegunaan dahulu dan sekarang
— Cara pembinaan
— Pelan kota
Rumusan
Lampiran
Rujukan
92 ulasan:
terima kasih :) halalkan ye. doakan sy dpt cemerlang dlm sejarah. thanks again
thx! =D keep em comin ya
thank you very muxh.
tq..........doa kan kami berjaya dlm PMR ye.....
thx....semoga kami berjaya dalam menduduki PMR....AMIN
wahai kwnku skalian........................ aq pon nak ikut jjk korang rapi awal2 dah kene mrh ngan umi yg tersayang.kasihan same gue
thank you very much.this is good job, keep up this job
cukup complete terima kasih atas pertolongan kepada yang berkenaan memang cun.......COOL!!!luv ya
dengan pertolongan anda saya saya berharap saya akan mendapat markah yang cukup bagus.....!!!THANZ FROM ME ASSUNTA STUDENT.....COOL
thanz coz bg panduan dlm menyiapkan kerja kursus ini dengan lengkap.................
tnx....sbb bg mklmat lngkp!!!hope we'll get straight A's in PMR!^^
MEMANG COMPLETE DAN IA MENJADI SEBAGAI BAHAN RUJUKAN UNTUK SAYA TERIMA KASIH.............
sbnarnye..... kota A'Famosa new leh wat sbab dia da jadi runtuhan....
pikir la cket....
saaaaaaaayang korang!!luv u,gempaq r korang....asyura_shuffle & azfan_gurlz...
terima kasih kerana bagi maklumat tentang folio sejarah ini...
thanks...
kerane bg contoh nk buat kerja kursus sejarah ni...
terima kasih byk byk
menenangkan kerja saya
heheehe
tenkiu sooooo much....
its a totaly complete!!!!
accomplished!!!!!1
tengs yahh!
tenkiu! tenkiu!
tenkiu so much3!!
it's totally complete..
Tq so much...^^
thanx ya...this is greAT..WISH ME LUCK IN SEJARAH!!
thanz i dah abis folio i, i nak antar besok wish me gud lark tau....thanz once again
thanx bnyk2. ini memng dpt mnolong sya untk bagi kerja ni siap dgn baik.skali lg thnx bnyk2
thx for this i hope i gonna sucess in my pmr ^^ thx again
terima kasih krn memberi maklumat dn cara untk menyiapkn folio sya.
:)
hrp-hrp, kerja kursus ini sy dpt cermerlang nnti :D
terima kasih sekali lgi :)
tq sgt...
doakan sy lulus pmr ye..
=)
thx byk2.. wish me 4 straight a's ye..
terima kasih banyak2
saya akan doakan kamu agar berjaya PMR
Thanx bbyk... nseb bek jumpe blog ni, klu x, pning gk kpale, x tau ar nk wat cne... hope kte sume b'jy dlm PMR this year!!!
jasa tetap akanku kenang
yup,, it duz helps me. thx :)
hopefully dis year pmr cndidates achieve their tgets ya..
luv 1994s..
keep in touch
g0od luck in pmr :)
terima kasih utk bagi maklumat tentang kerja kursus sejarah
thank you very much!
you had helped me alot in this! :)
wish me luck in my PMR papers!
best of luck to the rest! :D
thanks a lot...
sy arap sgt2 kte brjaya dlm pmr..
thnk u very much...
sy hrp kita sume brjaya dlm
PMR 2009...
......good luck.....
thanx so much dapt gak siapkan...x lah moody je nak wat..ade gak bantuan skit
thanks a lot. it help me a lot. thanks.
terima kasih ia membantu saya banyak...................
awk tme ksih byk2 ya....halalkan yer...good luck...in PMR
doakan aq , kamu dan rakan seperjuangan mendapat keputusan yg cemerlang dalam PMr 2009....
u rock'tanpa nama kata'.....
sekian terima kasih...
arigato kodomaishita....
Time Kasih cbb Sudah membantu sy menyiapkan folio y menyusahkan sy ni!...hahaha!!!
semoga berjaya dalam PMR 2009...
smile alwayz...
cHayok!!!cHayok!!!
gud LUCK!!!^_^
tme kasih coz bg infomation tntang folio 4 this year kt dak2 pmr...... law x,mang sabot pale ox nk cri maklumat... hrp2 kte sume dpt straight A taon ney.... thanz bebyk... law xd blog ney,tah cmne r ktowg t.... tuhan j yg dpt m'bls jsa kowg..... smoge b'jye 4 trial bln 8 ney.... jgn lpe smbhyg.... n utk pmr t,wt lek lok... sy doakn agr kte sume dpt straight A... AMIN... ASSALAMUALAIKUM...
thankz 4 this in4mation..i hope all bdk2 f3 taun get straight A k...pray 4 me...
Harap ianya halal untuk di-share bersama saya....
tq very much..
moga kita smua dpt straight A..
tq smua...
gud luck pmr...
8'a kita smua yah...hihi
thank you so much! sy doakan smua dapat 8A's utk PMR. =)
thanks so much..
ia membntu saya untuk siapkan kerja khusus adik saya..
dapat bantu dia..
thanks kat kamo..
diakan diowg semua berjaya..
a million thanks to you..
hhhehe
=)
syukaran jazilan ya akhi..thnk..tIma kasi
Knpela reka bentuk plan stllu sush utk dberi kterangan..
Anyway, thnx cz dh bnyk bantu sbgi rjukn..
Hee..
thx for the imformation
thanxxxxxxxxxxxxxxxx sngt2 aq btl2 m'ghargainya semoga tuhan balas jasa korang...x sia2 korang tlg nnt korang dpt pahala...thanxxxxxx sngt2...i really dun know what to say!!!!!!!!!!!!!
tengs eyh.
doakan kami straight A's utk
PMR 2009!
thnx..
hai...terima kasih sangat2 yang x terhingga..folio geo ade x ..hehehehe
bnyk cngt clh ejaan..
hope dpt diperbaiki..
anyway thanx cOz jdi pnyelamat princess..
hope u will pass da exam wif flying colour..
sincerely from
princess_charming1994
cograts 2 u..
THX..YA..emm..diharapkan pd kali lain anda paparkan lg catatan bru mahupun isi yg byk..n..jgn lupa..doakan kami pelajar ting.3 yg akan mdduki exam pmr pd thun ini agar lulus dalam pmr..ya..semoga tuhan selalu berkati kalian atas usaha mbantu pelajar..dlm pelajaran..bye
thnx byk2!!!!
trima kasih banyak2.....
harap yg menydiakan maklumat ini dilimpah rezeki ...amin..
good luck for PMR yer smuanyerr....:)
trima kasih byk2
terima kasih banyak-banyak
doakan saye dapat 8A dlm PMR pada tahun ini.
very thx for the data....
hope all form 3 will get straight A in PMR.......
From Yi Han
Thanks A lot...doakan kita semua berjaya dalam pmr 2009
um...thnx b'byk,
sng ckit kje ak...
hu6 d;P
yeowwwwwwww...wat..ups..geng..thx ya 4 da data..hope..both u wil pray 4 all the f3 student to get straight a in pmr..may god bless bless both u....always.....
Thank you for the help, bro. I really need it at this time. You really help me a lot at this kind of time. You really are the light at my time of dark. THANKS AGAIN.
terima kasih kerana menolong saya dalam menyiapkan sejarah ini
doa kan saya cemerlang dalam sejarah..........amin
SAPE YG BUAT NIE TERIMA KASIH BANYAK2. SEMUA LENGKAP.. SENANG KERJA FOLIO NK BUAT SIKIT.. TERIMA KASIH UCAP SKALI LAGI. tQ..(",)
sy adel ,umur 14,0199737409/095363819,ezzat shazrul,tq
Pas For All...
tq ,u help others to success with u
tq 4 the information...u help people 2 succes
thnx a lot!!
nk mati aku cri psl folio nie..
flio mie mmng complete..
thnx!! again...
thank u so much...:)
thanx a lot ..
ciap jgak akhirnya folia nie hah...
Terima kasih banyak-banyak semoga allah subhanaalah taala dapat membalas jasamu. Amin
yang last sekali tu unsur patriotisme kan ? bole tiru tak ? hehe ..
pernah terpikir gak dimana hilangnya Kota Melaka dan binaan-binaan masjid?Mmg kita tahu yg Melaka ni dulu merupakan tempat penyebaran agama Islam. Tapi dimana hilangnya masjid-masjid yg gah pd zaman kegemilangan Melaka?yg kita tau masjid yg tertua ada kat Melaka skang ni pun dibuat selepas zaman portugis,jadi apa yg sudah blaku pd masjid-masjid pd zaman sebelum kedatangan portugis?Adakah ianya dirobohkan oleh portugis seperti yg dinyatakan dlm folia ini?
"Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain..."
jadi kenapa kita harus pelihara peninggalan penjajah yg suatu ketika dulu begitu rakus merobohkan masjid2 dan kota melaka yg termahsyur itu?
ape kaba sume???sye aishah…sye perempuan tercantek kat mrsm ag..sye ade gigi karat…lebih karat drpd emas..aku tinggal kat sungai amazon..sungai kinabatangan…sungai rajang..danmcm2 sungai lagi..
Reply
thx very much, it helps me go through this projek easier n smoother..
takda organisasi dan sturktur ke?
thanx a lot dude. this thing really2 awesome!
terima kasih saya ni dah la buat kerje last-last minute dengan adanye rujukan cepat la sket nak abis
Terima kasih kerana memberikan saya beberapa idea untuk sejarah saya.Esok lak dh nak kene antar.
Thank u so so much... this totally helped a lot! Thanks again... \m/
THANK TOLONG SAYE
thank's very² much ! saya ikhlaskan ye ? btw thnak's again <3
ada tak sumber tentang kota a famosa dari akhbar.....nk buat elemen 1 tak cukup sumber....anyway,boleh tiru???
thnk r..dpat gak mklumat...nk wat trip g melaka nie....hahahaahaha skit kpala cri sejarah melaka n tmpat menarik kat melaka....mklum la sya bkan org melaka.... hahahaha
Terbaiklah. Terima kasih. Saya doakan awak berjaya =)
tank u so muchhhhhhhhh. sangat berguna
Catat Ulasan