Keistimewaan Kota A Famosa
Rabu, 22 April 2009
i) Bahan binaan
Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
ii) Pengubahsuaian
Pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
iii) Hiasan dalaman
Kota A Famosa dilengkapi dengan empat menara atau ketelom (bastion) dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Ia juga dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah.
iv) Kegunaan dahulu dan sekarang
Pada zaman dahulu bangunan ini digunakan untuk mempertahankan Melaka. Kini ia dijadikan kawasan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.
v) Cara pembinaan
Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu.
(vi) Tujuan penubuhan bangunan
A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya
1 ulasan:
siapakah buruh2 paksa tersebut? Kenapa Portugis mahu berperang dengan Tanah melayu? sedangkan ketika itu tanah melayu aman damai. dan orang2 melayu telah berjaya menguasai ekonomi dengan menjadi tempat dagang terbesar? Boleh Tolong jelaskan?
Catat Ulasan