Kota A Famosa Selepas Penawanan Portugis

Rabu, 22 April 2009

A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca).

Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

begitu hebat seni bina masjid..kerana batu2 yg dari runtuhan masjid itu di buat untuk membina a farmosa.bagaimana masjid itu boleh runtuh? apakah yang menyebabkan orang portugis mengambil bahan binaan dari bangunan masjid?